Jumaat, 23 Januari 2009

Salam perkenalan kepada semua

As,kum dan salam sejahtera,

Ini merupakan catatan pertama saya dalam blog cikguepi. Boleh panggil saya Epi. Untuk post yang pertama kali ni, elok saya perkenalkan sikit siapa saya. Saya merupakan seorang cikgu yang mengajar di salah sebuah sekolah Felda yang terletak di Keratong, Pahang. Posting akhir tahun 2002.

Blog ini terhasil dari minat ingin mencuba dan menyertai gelombang teknologi masa kini (dah ketinggalan dah pun saya ni, heheh). Walaupun dah agak lewat menyertai dunia blog ni, elok juga belajar daripada langsung tak buat.

Harapnya blog ini mampu menjadi medan perkongsian ilmu, idea, kritikan, pandangan, luahan atau apa - apa saje yang berkaitan dengan kehidupan cikgu sama ada kehidupan di sekolah atau aktiviti kita di luar sekolah. Cikgu pun ada hobi dan minatnye sendiri dan meh la kita kongsikan same - same.

Blog ni bersifat santai, jadi saya minta maaf sesangat kat cikgu BM sebab ejaan tak ikut DBPl. Kat post pertama ni, saya ingin mengalu-alukan para blogger yang dah berpengalaman, cikgu cikgi atau sesiapa saje yang singgah di sini memeriahkan lagi blog baru saya ni.

Selamat bercuti kepada cikgu - cikgu dan anda semua. Raya Cina ni jalan sibuk, hati - hati memandu ye.

Sekian dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan