Selasa, 29 Disember 2009

Azam 2010

Salam

Tahun 2010 ni saya ada beberapa azam yang ingin dipenuhi.

  1. Mahu menyimpan sekurang - kurangnya RM50 sebagai tabungan.
  2. Bersenam secara konsisten setiap hari. Pumping 50 kali, situp 50 kali. Umur dah tua kena mula jaga badan.f addict
  3. Kurangkan makanan berlemak dan manis. Banyakkan minum air masak sekurang kurangnya 2 liter sehari.
  4. Menghadkan masa online kepada 2 jam sehari. (Part ni payah skit. hehe)
  5. Memperbaiki PR / hubutngan dengan orang di sekeliling. Berbaik sangka dan tidak mengumpat orang lain. Lihat kelemahan diri dan baiki secepat mungkin.
  6. Menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cermat. Menambah ilmu dengan membaca dan bertanya pada mereka yang pakar. Facebook kan ada.
Cukupla enam dulu. Biar sikit janji realistik dan mampu untuk dilaksanakan. Go Epi go.