Isnin, 21 Ogos 2017

Selasa, 29 Disember 2009

Azam 2010

Salam

Tahun 2010 ni saya ada beberapa azam yang ingin dipenuhi.

  1. Mahu menyimpan sekurang - kurangnya RM50 sebagai tabungan.
  2. Bersenam secara konsisten setiap hari. Pumping 50 kali, situp 50 kali. Umur dah tua kena mula jaga badan.f addict
  3. Kurangkan makanan berlemak dan manis. Banyakkan minum air masak sekurang kurangnya 2 liter sehari.
  4. Menghadkan masa online kepada 2 jam sehari. (Part ni payah skit. hehe)
  5. Memperbaiki PR / hubutngan dengan orang di sekeliling. Berbaik sangka dan tidak mengumpat orang lain. Lihat kelemahan diri dan baiki secepat mungkin.
  6. Menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cermat. Menambah ilmu dengan membaca dan bertanya pada mereka yang pakar. Facebook kan ada.
Cukupla enam dulu. Biar sikit janji realistik dan mampu untuk dilaksanakan. Go Epi go.

Jumaat, 23 Januari 2009

Hobi + Ilmu = Tambah Pendapatan

As'kum dan hai kepada anda semua.

Post yang kedua ni, saya nak kita sama - sama kongsi hobi kita yang mampu menjana duit lebih untuk poket kita yang selalu cepat bocor ni (saya le tu huhuu). Hobi saya membaca dan layar internet. Suka tengok iklan - iklan kat internet yang jual macam2 bende. Tapi yang paling saya minat baca tentang peluang berniaga kat internet. Manalah tau kut2 rezeki ada kat situ.

So, bulan 9 2008 saya amik streamyx dan beli buku - buku berkaitan biz online ni. E-book pun saya beli. Dapat gaji je, spend RM50 - 70 beli buku dan ebook. Minat le katakan.

Alhamdulillah, satu hari tu saya telah bertemu dengan seorang usahawan internet dari Sabah dan belajar dari beliau. Dipendekkan cerita, pada bulan Januari 2009 yang lalu, lahirlah satu bisnes internet dari saya. Kalau sudi, jengok le kat www.panduan-webjualan.com . Kami jual panduan langkah - demi langkah (bergambar) lengkap dengan tools untuk mulakan bisnes internet. Untuk permulaan, saya buat laman web jualan dan promosi je. Produk tu kawan Sabah tu la yang punya. Ada jugak le 2-3 kali bagi cadangan penambahbaikan produk kat dia. Saya ade le ilmu skit2 bab IT ni. Takpe le pelan - pelan.

Hah, kengkawan pulak camne? Apa hobinya. Moh le kongsi.

Salam perkenalan kepada semua

As,kum dan salam sejahtera,

Ini merupakan catatan pertama saya dalam blog cikguepi. Boleh panggil saya Epi. Untuk post yang pertama kali ni, elok saya perkenalkan sikit siapa saya. Saya merupakan seorang cikgu yang mengajar di salah sebuah sekolah Felda yang terletak di Keratong, Pahang. Posting akhir tahun 2002.

Blog ini terhasil dari minat ingin mencuba dan menyertai gelombang teknologi masa kini (dah ketinggalan dah pun saya ni, heheh). Walaupun dah agak lewat menyertai dunia blog ni, elok juga belajar daripada langsung tak buat.

Harapnya blog ini mampu menjadi medan perkongsian ilmu, idea, kritikan, pandangan, luahan atau apa - apa saje yang berkaitan dengan kehidupan cikgu sama ada kehidupan di sekolah atau aktiviti kita di luar sekolah. Cikgu pun ada hobi dan minatnye sendiri dan meh la kita kongsikan same - same.

Blog ni bersifat santai, jadi saya minta maaf sesangat kat cikgu BM sebab ejaan tak ikut DBPl. Kat post pertama ni, saya ingin mengalu-alukan para blogger yang dah berpengalaman, cikgu cikgi atau sesiapa saje yang singgah di sini memeriahkan lagi blog baru saya ni.

Selamat bercuti kepada cikgu - cikgu dan anda semua. Raya Cina ni jalan sibuk, hati - hati memandu ye.

Sekian dulu.